Khamis, 14 Mac 2013

Kejapnye masa berlalu....

      Assalammualaikumm.... smua blogger2. lama sungguh x update blog, semenjak uwweekk..uwekk... mabuk2..pening2... huhuhu... Sedar2 x sedar dah 7 bulan lebih usia kandungan aku yg ke 4. Alhamdullillah.... dipermudahkan allah swt. ermm.... beerti lebih kurang kat 10bulan lebih gak la  x berblog ni eh.

    Kali nak bercerita tentang ujung kehamilan plak, tetiba je rasa nak wat topik nii, 2 pun klau ada yg sudi melayan... Kdg2 frust jgak x ada resp[on dr bligger yg lain2, maybe cerita aku x best n x cukup kuat.. huhuhu.... insyaallah akan selalu diper baiki.. :)

   X sabar sebenarnya menantikan org baru dlm family kami, ye lah anugerah yg x terhingga dr allah .swt. Segala persiapan masih lagi dlm proses, sikit2 kata org. Yg bakinya mungkin nak bawak abg2 n kakak baby boo shopping untuk baby boo. :) Biar diorang pun merasa keseronokan menyambut bakal adik baru.


29 minggu

Berat bayi anda lebih kurang 2.5 paun / 1.1 kilogram dan ukuran panjangnya 15 inci / 38 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Bagi lelaki, testikel menurun dari tempat berdekatan buah pinggang lalu merentasi groin dan terus ke skrotum. Bagi perempuan, kelentit masih menonjol sebab belum lagi ditutup oleh bibir vulva yang masih halus. Ianya akan membesar dan menutupi kelentit dalam minggu-minggu terakhir sebelum kelahiran. Kepala bayi anda semakin besar, dan pertumbuhan otaknya adalah amat pantas pada masa ini. Hampir kesemua bayi menunjukkan reaksi kepada bunyi menjelang 30 minggu. Keperluan pemakanan bayi anda akan berkemuncak semasa trimester ketiga. Anda akan memerlukan sejumlah besar protin, vitamin C, folik asidzat besi dan kalsium (lebih kurang 200 miligram diserapkan ke dalam kerangka tulang bayi setiap hari). Jadi, makanlah makanan yang kaya dengan nutrien-nutrien ini. Kerangka terus mengeras dan otak, otot-otot dan paru-paru menjadi semakin matang. Dengan itu, lihatlah panduan makanan sempurna kami bagi memastikan anda mendapatkan mineral dan vitamin yang mencukupi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan